SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1) mula dibina pada tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2000. Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2001.
Seramai 31 orang guru kumpulan pertama yang ditugaskan mengajar di sekolah ini melapor diri pada 1 Januari 2001. Pelajar kumpulan pertama seramai 451 orang memulakan hari persekolahan pada 3 Januari 2001. Mereka terdiri daripada 394 orang pelajar tingkatan 1 dan 57 orang pelajar kelas peralihan.
Pengetua pertama sekolah ini ialah Encik Mahmudi b Bakri. Beliau telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui pembukaan sekolah pada 1 Disember 2000 iaitu bagi menghadapi sesi persekolahan yang pertama pada Januari 2001. Pengetua kedua sekolah ini ialah Tuan Haji Mahmood b Ahmad yang memulakan tugasnya disekolah ini pada tahun 2011. Puan Shakinah bt Arshad menggantikan Tuan Haji Mahmood b Ahmad yang bertukar pada tahun 2014 sehingga kini.
Setelah mencecah usia 15 tahun, Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1) mempunyai bilangan pelajar seramai 2653 orang terdiri daripada pelajar tingkatan 1,2,3,4,5,peralihan dan pendidikan khas.
MISI SEKOLAH
"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera"
VISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
LAGU SEKOLAH
" SENTIASA GEMILANG"
Sentiasa Gemilang
Itulah Kata-Kata Hikmah
Pendorong Kejayaan
Ke Arah Capai Matlamat
Kami Telah Sepakat
Bekerjasama Gembleng Tenaga
Mempertahankan Kecemerlangan
Mencapai Puncak Wawasan
Sentiasa Gemilang
Sentiasa Gemilang
SMK Puchong Utama (1)
Dengan Semangat Dan Berkat Muafakat
Kami Yakin Kami Boleh
Menjadi Warga Yang Berkualiti
Dan Bertaraf Antarabangsa
Sentiasa Gemilang
Itu Impian Dan Sasaran
Menjulang Namamu Sekolah
Ke Persada Negara
Sentiasa Gemilang
Sentiasa Gemilang
SMK Puchong Utama (1)
LOGO SEKOLAH
Warna Kuning - melambangkan keagungan, keunggulan dan menjunjung kedaulatan negara
Warna Biru - melambangkan perpaduan , muhibah dan cinta akan negara
Warna Ungu - melambangkan kekuatan , daya usaha , kemesraan dan kebijaksanaan
Warna Putih - melambangkan kesepaduan dan cinta akan kebersihan
Bentuk Mahkota - mengamalkan prinsip mengekalkan keunggulan dan daya usaha
mempertahankan kecemerlangan sejak 2001
Gelung Emas - bererti kecemerlangan bidang kurikulum dan sukan serta keseimbangan
empat unsur JERI
Lambang Buku - bermaksud kecemerlangan akademik dan mengutamakan penguasaan ilmu
pengetahuan sebagai asas kejayaan
Lambang Glob - bermaksud penguasaan ilmu tanpa sempadan serta penampilan peringat
antarabangsa
Lambang Orang - menunjukkan perpaduan kerjasama dan kerja berpasukan dijadikan amalan
bagi mencapai matlamat
Bentuk Mangkuk - bermaksud sentiasa terbuka untuk penambahbaikan segala aspek pendidikan.
visi dan misi tu tajuk nyer terbalik
ReplyDeleteSejarah ppki sekolah ni tak da ke
ReplyDelete