PENDAHULUAN
Pengurusan Hal Ehwal Murid ditakrifkan sebagai proses sosial yang dibentuk untuk memastikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang berkesan terhadap sesuatu objektif yang ditetapkan. Ia melibatkan sikap, akademik dan peribadi semua golongan dan peringkat umur di sekolah.
Pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di sekolah. Ia dilaksanakan dengan menggunakan kaedah yang tersusun untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Dengan permintaan dan harapan yang tinggi di kalangan murid dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pengurusan sekolah selalu memainkan peranan sebagai penggerak dan penggalak perubahan mempengaruhi warga sekolah menuju ke arah kecemerlangan.
OBJEKTIF
Sebagai satu bidang pengurusan dan pentadbiran, objektif bidang Hal Ehwal Murid ialah:-
Membantu Pengetua dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah untuk melaksana dan mencapai Dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Membantu pihak pentadbir dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara, penyelaras, pengawal dan kaunselor serta menguruskan program Hal Ehwal Murid untuk keselesaan pengajaran dan pembelajaran.
Mempertingkatkan disiplin murid-murid agar semua murid berdisiplin dan berbudi pekerti
Membentuk individu supaya seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Mempertingkatkan kebajikan murid dan menerapkan nilai-nilai murni kepada murid.
Mewujudkan hubungan yang akrab m di kalangan murid dalam sekolah dan persekitaran.
Data Murid 2019
|
|
No comments:
Post a Comment