Pengenalan :
Unit Kurikulum SMK Puchong Utama (1) bertujuan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berteraskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPK.Selaras dengan itu, FPK telah dijadikan garis panduan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran di SMK Puchong Utama (1).
Objektif :
- Merancang dan menyelaras semua aktiviti sekolah
- Mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang kelemahan dan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran
- Menjalankan pelbagai alternatif bagi menyelesaikan masalah pencapaian murid
Tugas dan Fungsi:
- Bertanggungjawab merancang dan menyelaras aktiviti kurikulum sekolah
- Membincangkan kelemahan dan kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran
- Menganalisis prestasi pencapaian murid bagi semua mata pelajaran
- Menganalisis setiap kelemahan murid bagi semua mata pelajaran
- Mengadakan program khusus bagi murid-murid yang lemah dan cemerlang dalam pencapaian akademiknya
- Memastikan semua panitia mata pelajaran berfungsi dan bergerak
- Sebagai tempat rujukan segala maklumat yang berkaitan dengan kurikulum sekolah
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KURIKULUM
No comments:
Post a Comment